Wednesday 15 August 2012

Anak Soleh.

Assalamualaikum .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Orang yang beriman itu , 
apabila dia terbangun lewat pada waktu subuh ,
 dia akan ada rasa 'something wrong',
 rasa bersalah ,
 Kerana dia telah melewatkan pengabdiannya kepada Tuhannya,

Tetapi orang yang imannya kurang sempurna ,
walau bangkit kala matahari sudah di atas kepala,
merasa tidak ada apa-apa.
Kerana Tuhannya tidak rapat di dalam hatinya . "

(Hilal Asyraf)

Sekadar renungan di kala subuh, Aku tertarik dengan kata Hilal Asyraf itu tentang perbezaan Iman seseorang saat dia dekat atau jauh dengan Tuhannya . Pembuka bicara :)

Semalam aku pergi ke masjid berdekatan dengan rumahku untuk mencari Amil kariah masjid untuk mendapatkan pengesahan beliau berkaitan Borang Ibnu sabil. Waktu tu waktu asar , seusai solat asar itu aku bergegas mencari pakcik itu . Alhamdulillah jumpa akhirnya. 

"Assalamualaikum, Pakcik. Saya Anis Amirah , anak ** Rusnah dan Rusli. Saya datang utk dapatkan pengesahan pakcik sebagai Amil kariah masjid ni ."

Perbualan aku dan pakcik itu berlarutan sehingga setelah pakcik itu siap menanda tangan dan menyerahkan borang Ibnu sabil itu kepada aku............................

"Semoga menjadi anak yang solehah ye nak"

Hatiku tersentuh dengan kata-kata pakcik itu. Ye , Itu memang tujuan utamaku. Berubah menjadi anak solehah buat Emak dan Abah. Pakcik itu seolah-olah mengetahui apa yang aku inginkan . Aku membalas kata-kata pakcik itu dengan senyuman dan ucapan terimakasih. 


Semoga impianku untuk menjadi anak solehah buat Emak dan Abah akan Allah perkenankan. Salam sayang.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Borang Ibnu sabil = Borang zakat untuk dapatkan tanggungan zakat bagi tiket penerbangan pergi & pulang.

No comments:

Post a Comment