Wednesday 15 August 2012

Buah tangan.

Assalamualaikum .


Daripada Ibnu Umar RHM berkata : Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda :
 " Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau jalanan " 

( Riwayat Al-Bukhari)

Maksud hadis ini , Rasulullah SAW ingin menyeru seluruh umat Islam supaya menjadikan dunia ini sebagai tempat kita menuai dan bercucuk tanam dimana hasilnya kita akan dapat di Akhirat kelak , Insyallah. Pembuka bicara :') 

Selesai saja aku bersahur , emak mendatangi aku bersamanya sebuah beg kecil berwarna biru. Aku pada mulanya tidak menghiraukan tentang beg itu kerana aku rasa itu bukan untuk aku cuma mungkin emak mahu menceritakan sesuatu yang menarik tentang isi didalam beg tersebut memandangkan emak seorang ibu yang selalu ingin berkongsi cerita dengan anak-anak. 

" Nah , ini untuk ya . Buah tangan dari makcik Su " Sambil tersenyum.

Aku teruja lalu aku membuka beg itu , ia berisi sebuah buku..................................................



 Sebuah buku LUBUK HATI IBU oleh Ustazah Norhafizah Musa . Teruja sungguh aku saat itu. Kerana aku telah lama menginginkannya. Ianya sebuah buku dari seorang ibu kepada seorang anak. Buku ini sangat best. Sesuai lah dengan aku yang kini sedang berusaha untuk menjadi anak yang solehah . Allah memberi aku banyak jalan untuk aku mencapainya, Alhamdulillah Ya Allah atas rasa cinta-Mu ini.


 Syukran kathir Makcik Su. Makcik Su ini sahibah baik Emak. Bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah , Insyallah Allah akan bantu kita menjaga hubungan dengan manusia. Alhamdulillah.


Kain tuala warna biru itu MakCik Ana yang bagi . Kedua-duanya sahibah emak. Kedua-duanya buah tangan buat aku bawa ke Jordan nanti. Jazakillah Makcik Ana & Makcik Su :')

" Bertautlah dengan kasih Illahi , Berpeganglah pada janji Illahi"
. Kerana Janji Allah itu pasti .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang :')


No comments:

Post a Comment